iCEPS  5  gah

NILAI – Konvensyen Keusahawanan Islam (ICEPS) ke-5 yang bertemakan “Empowering Graduates Through Innovative Entrepreneurship” telah memperlihatkan kehebatannya yang tersendiri apabila mendapat          sambutan hangat daripada orang ramai termasuk orang luar.

Program ini telah berlangsung   selama 4 hari bermula dari 4 hingga 7 Febuari di Perkarangan Stadium Tertutup Nilai. iCEPS 2010 dirasmikan oleh Prof. Dr Bachok M.Taib, Pemangku Timbalan Naib Canselor USIM mewakili Prof. Dato’ Dr.       Muhammad Muda, Naib Canselor USIM pada  5 Febuari, jam 8.30 pagi di DKF 1.1 Fakulti Ekonomi dan   Muamalat USIM.  Program ini telah di  anjurkan oleh mahasiswa tahun akhir Sarjana Muda Pentadbiran dan Muamalat.

Antara objektif iCEPS 2010 ialah untuk membuka ruang yang luas kepada mahasiswa untuk mendalami pengetahuan dan pemahaman     tentang konsep keusahawanan di samping untuk mempromosikan USIM.

Sekretariat iCEPS ke-5 telah berjaya mengumpul dana sebanyak  RM 11,000 melalui tajaan daripada agensi kerajaan dan swasta. Di samping itu, antara aktiviti yang di jalankan untuk menjana iCEPS ke-5 ialah program Eksplorasi Nurani,  kursus perkahwinan, forum “siapa soleh dapat solehah”, Eksplorasi Mendaki Gunung Angsi dan juga  turut mengadakan beberapa aktiviti jualan.

Menurut pengarah iCEPS ke-5,  saudara Mohd Azmil yang merupakan pelajar tahun akhir Fakulti Ekonomi dan Muamalat,  iCEPS  kali ini di bawakan dalam bentuk format yang berbeza dan lebih menarik berbanding tahun-tahun sebelum ini.

“Kelainan yang kami cuba bawakan pada sesi ini amat berbeza. Jika para pengunjung perasan, kami telah mengurangkan gerai PC Fair dan lebih banyak  memberi ruang kepada gerai-gerai lain di iCEPS. Begitu juga dengan pembahagian gerai, kami membuka ruang sebanyak 30 peratus kepada mahasiswa USIM sendiri bagi memberi peluang untuk mereka berniaga  seiring dengan   objektif iCEPS ke-5.Selain itu, kami mahukan iCEPS kali ini lebih dilihat sebagai pesta konvensyen dan lebih mesra keluarga. Tambahan pula, dengan adanya  Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) Jom Masuk U Tahun 2010 yang turut sama berlangsung di sini turut berjaya menarik sekolah-sekolah sekitar Negeri Sembilan untuk berkunjung ke sini serta mereka yang telah berkeluarga,” katanya.     

Menurut Prof. Nasruddin Zainudin, Dekan Kolej Perniagaan Universiti Utara Malaysia, Karnival Jom Masuk U ini merupakan program yang    sangat baik dan bermanfaat kerana maklumat dapat disebarkan kepada pelajar-pelajar dengan lebih jelas.

Antara yang menarik perhatian  pengunjung adalah kehadiran personaliti TV9 yang turut membuat   rakaman bagi rancangan Nasi Lemak Kopi O.Acara kemuncak bagi       program yang berlangsung selama empat hari itu ialah Konsert Kembara Inspirasi iCEPS 5 yang menampilkan persembahan artis-artis nasyid kontemporari Malaysia seperti Aiman,  Hafiz Hamidun, In Heart, Intracksee dan beberapa kumpulan nasyid indie.