Liga Bola Sepak IPT Piala Y.B Menteri Pengajian Tinggi 2010

Picture
SENGIT… perlawanan pembuka tirai antara USIM dan UPM.
SERDANG – Liga Bola Sepak IPT Piala Y.B Menteri Pengajian Tinggi 2010 telah berlangsung pada 25 februari bertempat di Stadium Universiti Putra Malaysia. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohammed Khaled Nordin selaku Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

Bagi zon barat, sebanyak lapan pasukan dari IPTA dan IPTS telah menyertai kejohanan ini. Pasukan IPT tersebut adalah terdiri daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara (UITM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Selain itu pasukan dari IPTS adalah terdiri daripada Poli Ungku Omar (PUO), Poli Sultan Azlan Shah ( PSAS), Kolej Komuniti Gerik (KKG), Kolej Komuniti Sabak Bernam ( KKSB).

Perlawanan pembuka tirai telah dimulakan dengan perlawanan USIM menentang UPM yang berlangsung di Stadium. Pada perlawanan tersebut, gawang USIM telah dibolosi UPM sebanyak empat gol. Manakala, USIM tidak dapat membalas sebarang jaringan seterusnya menjadikan keputusan perlawanan 0-4.

Hadiah yang ditawarkan kepada juara keseluruhan kejohanan ialah piala pusingan dan juga hadiah wang tunai sebanyak RM 30 000 dan bagi naib juara pula akan menerima hadiah wang tunai sebanyak      RM20 000 untuk satu pasukan.