Teguran bertukar tragedi

Picture
Gambar menunjukkan lokasi kejadian.
NILAI – Keinginan mahasiswi tahun tiga Fakulti Ekonomi dan Muamalat yang mahu menegur kawan sekuliah bertukar menjadi tragedi apabila motor dinaikinya dilanggar oleh kawannya.

Mangsa, Amirah Mohd Rafee  berniat menyapa rakannya yang sedang menunggu bas telah memperlahankan motor secara tiba-tiba sehingga me- nyebabkan dua lagi rakan mangsa terpaksa membrek kecemasan dan merempuhnya dari belakang. Dalam kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan yang serius mengakibatkan patah tangan.

‘’Saya sangat terkejut pada hari   kejadian kerana ia berlaku di depan mata. Saya dapat melihat dengan jelas ketika itu Amirah cuba memperlahankan motor kerana mahu menyapa saya,” kata saksi kejadian, Nuur Syuhaida Safie.

Pada masa yang sama, pelajar Pertahanan Awan yang kebetulan berada berdekatan di tempat kejadian segera      memberikan bantuan kepada mangsa.

Mereka dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk rawatan lanjut. Rakan mangsa, Durar Adilah Mohd Sani berkata, beliau mengalami  sedikit kecederaan di ligamen lutut kanan. Manakala motornya rosak teruk memandangkan beliau berada dikedudukan tengah ketika kejadian.

“Saya diapit kenderaan Amirah dan seorang lagi rakan berada di belakang. Mujurlah tindakan pantas AJK SISPA serta ambulans USIM mencepatkan lagi kerja menyelamat. Terima kasih juga kepada Muamalat Student   Council (MSC) yang telah banyak menolong kami,” katanya sebelum mengakhiri perbualan. Kemalangan yang berlaku seharusnya dijadikan tauladan oleh pelajar yang lain agar lebih berhati-hati.