Ukhwah membina kekuatan ummah

Picture
NILAI – “Ukhwah membina kekuatan ummah” merupakan satu tema yang memberi makna tersendiri kepada Sekretariat Perhubungan Pelajar (SPP), Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) yang merupakan penganjur program himpunan intelek pada 6 Februari yang lalu.  

Walaupun program ini hanya berlangsung selama satu hari, tetapi dapat memberi banyak manfaat kepada peserta yang menyertai program ini. Menurut Nur Atiqah Abd Aziz, 24, timbalan pengarah program ini menyatakan tujuan mengadakan program ini adalah untuk mengeratkan silaturahim antara pelajar agar bekerjasama seperti satu keluarga dan  dalam masa yang sama merupakan satu landasan perhubunganuntuk memperkenalkan SPP kepada pelajar FPQS itu sendiri.

Tambahnya lagi “Alhamdulilah sambutan dari pelajar FPQS amat menggalakan sehingga kami terpaksa menutup pendaftaran awal kerana jumlah pelajar yang mendaftar hampir mencecah 800 orang walaupun jumlah sebenar pelajar FPQS lebih kurang 1000 orang.”

Antara aktiviti yang diadakan seperti senamrobik dan sukaneka pada sebelah pagi yang bertempat di Pavilion USIM, manakala disebelah petang pula aktiviti dewan dengan membahagikan mengikut tahun pengajian iaitu tahun satu dan dua mengikuti taklimat bersama ketua program masing-masing manakala pelajar tahun tiga dan empat untuk menyertai bengkel kerjaya dan resume di bangunan FPQS. Diharapkan dengan program sebegini mampu menjalinkan ukhwah yang erat sesama pelajar.