USIM dan UIA bersaing dalam debat IKIM

Picture
MENARIKā€¦ salah seorang pendebat dari USIM sedang menyampaikan hujah di dalam perlawanan peringkat akhir Debat IKIM.



KUALA LUMPUR
Suasana hangat menyelubungi dewan IKIM semasa menyaksikan pasukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA)    berentap untuk merebut gelaran juara pertandingan debat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) kali ke-7 yang disertai oleh IPTA seluruh Malaysia dan menampilkan barisan  peserta yang hebat belaka.

Pasukan pendebat USIM terpaksa akur dengan keputusan juri walaupun kurang berpuas hati dengan jarak markah yang terlalu jauh. Peserta meletakkan ia sebagai cabaran untuk terus maju di masa hadapan dan akan melakukan yang terbaik pada pertandingan lain. USIM telah  menyandang naib johan selama tiga tahun berturut-turut termasuk pada kali ini.

USIM  dibarisi oleh  empat pendebat utama iaitu Ummu Umairah Azahari, Mohd Ikhwan Mohd Rosseli, Mohammad Azri Naim Mohd Kamal dan Mohd Ridhuwan Remly. Mereka tewas kepada UIA yang menjuarai pertandingan tersebut dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM15,000, geran berjumlah RM10,000 untuk Kelab Debat, buku-buku terbitan IKIM, piala pusingan dan sijil   penyertaan. Manakala USIM selaku naib juara membawa pulang wang tunai RM10,000, buku-buku terbitan IKIM dan sijil penyertaan.

Tajuk debat pada hari tersebut ialah ‘Daya Cipta Dipupuk Bukan Semulajadi’. Pertandingan ini bertujuan memberi pendedahan tentang kefahaman Islam berlandaskan nas al-Quran dan hadith serta mengajar pelajar itu sendiri cara berhujah mengenai isu-isu semasa berkaitan hal ehwal Islam dengan berpandukan dalil-dalil dari   al-Quran dan sunnah.

Turut hadir, Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda untuk memberi sokongan kepada peserta serta penyokong-penyokong USIM sebagai galakan dan semangat kepada barisan  pendebat.

Salah seorang pendebat USIM, Mohd Azri Naim Mohd Kamal, tahun 1 FPBU, ketika ditanya mengenai pertandingan ini melahirkan kesyukuran kerana berjaya mengekalkan prestasi sehingga ke akhir dan menganggap kalah menang adat pertandingan.

Ditanya mengenai persiapan pula, dia mengatakan, “aspek latihan serta  kemahiran berhujah amat penting dan diperlukan dalam sesebuah pertandingan debat. Selain itu, peserta juga mestilah berfikiran kreatif, banyak membaca dan berdikari,”katanya yang turut mendapat bimbingan dari pendebat terdahulu dan pernah menyertai pertandingan diraja di Universiti Malaya (UM).

Pendebat terbaik disandang oleh Mohd Jefri Khairil Zabri, 24, dari UIA.Apabila ditanya mengenai perasaannya, dia menyatakan ia adalah diluar jangkaannya dan merupakan satu kelegaan kerana dapat menyempurnakan tugasan ini dengan sempurna hingga ke akhirnya. Apabila diminta memberi pendapat mengenai pertandingan pula, dia menyatakan, pertandingan ini memerlukan persembahan yang berbeza, perlu menjaga kelancaran bahasa memandangkan sistem juri yang berbeza. Peserta perlu menggunakan bahasa yang mudah difahami dan tepat,” katanya yang pernah menyertai Debat Integriti di Universiti Teknologi Mara (UTM) dan debat piala diraja. Kemahiran berhujah amat diperlukan dalam sesebuah pertandingan debat.

Selain itu, peserta juga mestilah berfikiran kreatif dan berdikari,”     katanya yang turut mendapat bimbingan dari pendebat terdahulu dan pernah menyertai pertandingan diraja di UM. Penyertaan mahasiswa dalam aktiviti sebegini pastinya mampu menjana minda mahasiswa yang lebih berfikiran terbuka dan positif.