Pusat Komersial lebih selesa

Timbalan Naib Canselor
Dato' Dr Mohamed Asin Bin Dolah
  Apakah pandangan Dato’ berkaitan isu pemindahan Pusat Kemudahan Pelajar (PKP)  ke Pusat Komersial (PK) ?

  Pusat Kemudahan  Pelajar (PKP) perlu dipindahkan ke tempat yang lebih selesa iaitu di Pusat Komersil (PK). Untuk pengetahuan semua pensyarah dan pelajar tidak semua kedai dipindahkan tetapi hanya lima gerai makanan berat sahaja dipindahkan. Kedai-kedai seperti koperasi USIM, kedai photostat, dan lain-lain masih kekal. Oleh itu, pihak Universiti telah menyediakan tempat baru di PK  untuk mereka berniaga. Bangunan yang baru siap pada masa itu hanya dua blok sahaja iaitu Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) dan Fakulti Syariah dan Undang Undang (FSU) yang mana dua fakulti ini tidak mempunyai kedai makan tetapi hanya terdapat bilik kuliah dan toturial sahaja. Maka pihak Universiti membuat inisiatif menyediakan bangunan sementara PKP  untuk kemudahan kepada pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar.

Apakah kelebihan Pusat Komersil berbanding Pusat Kemudahan Pelajar itu sendiri?

Kelebihan dan keistimewaan PK kepada pelajar-pelajar adalah untuk memberi keselesaan kepada pelajar itu sendiri dengan kelengkapan landskap dan berada ditepi tasik .
Operator orang awam dikeluarkan ke PK seperti Mama Kafe, Sinar Asmadi dan  lain-lain untuk mereka memenuhi ruang kosong di sana.  Pihak Universiti mencadangkan kepada pelajar-pelajar USIM supaya menjalankan perniagaan di kedai yang telah dipindahkan. Justeru itu, pihak Universiti mengharapkan supaya pelajar-pelajar USIM mengutamakan perniagaan moden dan yang paling penting bersih, menarik, dan sihat. Selain itu, untuk orang awam yang berniaga di PK  juga disediakan tempat untuk memasak dan ruang yang lebih selesa berbanding di PKP.

Mengapa sekarang baru dipindahkan?

Pemindahan ini baru sahaja dilaksanakan dengan kedatangan lawatan Key Resort Area (KRA) Kementerian Keusahawanan ke USIM. Mereka melawat tapak dataran Pusat Komersil tetapi malangnya kosong tidak digunakan. Selaras dengan Key Resort Area (KRA) yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib bin Razak iaitu kebolehan pelajar-pelajar USIM selepas keluar dari Universiti boleh mencapai
 tahap paling tinggi di alam pekerjaan khususnya bidang keusahawanan. Selain berkecimpung di alam pekerjaan yang luas, mereka sudah ada pengalaman semasa di universiti.

Bagaimana pandangan pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar berkaitan pemindahan PKP ke PK ini?

Setelah dibincangkan dengan badan-badan pelajar seperti Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) baru dan lama, SUKSIS, ketua badan pelajar, dan ketua kelab tiada sebarang bantahan ketika sesi dialog bersama mereka. Tetapi ada juga segelintir pelajar bertanyakan kenapa perlu dipindahkan? Dengan penerangan yang telah diberikan oleh pihak universiti mereka setuju dengan pemindahan ini yang mana banyak kelebihan untuk para pelajar USIM sendiri.

Bagaimana kemudahan pengangkutan ke PK?

Pihak Universiti telah membincangkan dari pelbagai aspek iaitu dari aspek pengangkutan. Pihak Universiti telah berbincang dengan pihak pengangkutan berkenaan pemindahan ini. Pergerakan bas akan dipantau dan meningkatkan kekerapan shuttle bus ke Pusat Komersil.

Apa harapan Dato’ dengan pemindahan ini?

Harapan saya adalah agar semua warga USIM seperti pegawai-pegawai, kakitangan, pensyarah-pensyarah, dan pelajar-pelajar menyokong pemindahan ini dan menyambut baik pemindahan operator awam ke Pusat Komersil. Anggap ini sebagai satu penambahbaikkan  kemudahan kepada warga USIM khususnya pelajar-pelajar untuk lebih selesa dan baik dari segi pelaksanaan perniagaan di dalam universiti.



Pendapat mahasiswa USIM

Picture
  “Pemindahan PKP ke PK adalah sesuatu yang sepatutnya dilaksanakan. Namun pelajar-pelajar dari fakulti lain tidak perlu risau kerana masih terdapat kafe di FKP, FPQS, dan FSU, untuk mereka menjamu selera”.

Mohd Hafizi Ahmad Wahab,
FKP







Picture
  “Pemindahan ini menyusahkan kepada pelajar-pelajar dari FKP, FPQS, FSU dan FPBU kerana bangunan PK yang agak jauh. Dengan terdapat kafe baru di FPQS ramai pelajar dan pensyarah menjamu selera di situ dan menyebabkan keadaan cafe setiap hari sesak”.
                                                                                                        Saidatul Ladawiyah Mat Yusoh,
                                                                                                        FPQS


 



Picture
“Kami pelajar FEM menyokong pemindahan ini kerana lebih dekat ke PK. Kami mudah mendapatkan makanan dan lebih banyak pilihan. Sebelum ini, makanan terhad di Fakulti kami. Sekarang kami rasa seronok, lebih selesa”.

                                                                                                                                    Amirah Roslan,
                                                                                                                                    FEM


Picture
“Pemindahan ini amat membebankan para pelajar dari enam Fakulti dan satu pusat tamhidi. Dahulunya pelajar tidak berebut untuk membeli makanan tetapi sekarang segalanya berubah. Tambahan pula ada segelintir pelajar tidak mendapat makanan”.

                                                                                                          Norhafizah binti Mohamad Kamil,
                                                                                                          FPBU