FSU gemilang bersama Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah

Picture
CERIA… gaya tenang dan bersahaja Dato’ Dr. Fadhilah Kamsah ketika memberikan ceramah motivasi.
NILAI – Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan kem motivasi bagi menjana kecemerlangan diri pelajar selama satu hari yang berlangsung di DKP 3 baru-baru ini.

Kem berprestij itu dikendalikan sepenuhnya oleh penceramah eksklusif, Dato’ Dr Fadzilah Kamsah yang juga merupakan pengarah urusan Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd telah berjaya menarik perhatian pelajar untuk terus mendengar tip-tip yang hebat bagi mengangkasa kecemerlangan diri.

Kehadiran mahasiswa sepanjang program berlangsung amat         memberangsangkan. Ketika tinjauan dibuat, suasana di dalam dewan hampir sesak sehingga pada sudut bahagian  belakang kelihatan ramai pelajar yang berdiri.

“Program seumpama ini bagus dijalankan kerana berjaya mengumpulkan semua pelajar FSU dari tamhidi sehingga tahun 5. Tambahan pula, Dato’ Fadzilah Kamsah berjaya menyampaikan motivasinya sehari suntuk tanpa membuatkan pelajar cepat bosan. Beliau disenangi dengan lawak sindiran dan mesej tersirat yang berguna,” kata Nur Syuhada Kadir, pelajar FSU.

Tabung Haji merupakan salah satu penaja untuk program tersebut, yang mana turut menyediakan ‘pakej     riyalain’ kepada pelajar yang belum mempunyai buku akaun tabung haji.

Program seperti ini diadakan adalah untuk mengelakkan adanya diskriminasi di antara pelajar yang memperolehi keputusan baik dan kurang baik dari kalangan pelajar FSU.