Hala tuju Latihan Industri

Picture
Sepanjang digelar sebagai seorang  mahasiswa IPTA/S, mereka tidak   boleh lari daripada menjalani dan     mengikuti Latihan Industri (LI) yang biasanya akan dijalankan selama satu semester. Terdapat juga pra-praktikal yang mana ia dijalankan dalam jangka masa yang lebih singkat daripada LI yang sebenar.  

Pada masa kini, semua sedia maklum pelbagai institusi telah berkembang dengan pesatnya bertujuan memperkenalkan pelbagai kursus semata-mata untuk mengaut         keuntungan. Boleh dikatakan semua institusi mengeluarkan sijil dan diploma mengikut cara mereka sendiri tanpa merujuk kepada saluran yang ditetapkan. Disebabkan itu, bukan senang untuk mencapai hasrat sebenar LI ini. Mereka mestilah memberi komitmen yang terbaik bagi memuaskan hati majikan. Ini kerana, LI memerlukan beberapa ciri penting antaranya ialah kebolehkerjaan, berdaya saing dan berdisplin.

Kepentingan ilmu pengetahuan  adalah penting dalam melahirkan tenaga kerja yang kompeten dan berkualiti seperti mana kajian yang telah dibuat menyatakan pengetahuan merupakan industri utama dan ia melahirkan pekerja yang berpengetahuan, masyarakat berpengetahuan dan ekonomi berasaskan pengetahuan atau k-ekonomi. Pekerja yang berpengetahuan mengaplikasikan dan menggabungjalinkan idea, konsep , maklumat dan teknologi kepada kerja yang produktif dan berkualiti.

Banyak usaha yang telah dirancang untuk memastikan kualiti LI yang di laksanakan berada pada tahap yang tinggi, namun ianya tidak dapat di capai sepenuhnya. Antara isu dan cabaran yang dihadapi semasa menjalani LI ialah kekurangan tenaga pengajar, kepakaran dan pengalaman terbatas, komitmen yang rendah,    penguasaan yang tidak tegas, dan juga peruntukan kewangan yang terhad.

Kekurangan peralatan dan kelengkapan untuk kerja-kerja amali perlu diberikan perhatian supaya peralatan sedia ada diselenggara dengan baik atau dinaik taraf dengan peralatan baru yang berteknologi tinggi dan kemasukan teknologi baru perlu dikuasai de- ngan cepat dan pantas. Perkara ini haruslah dikekalkan atau perlu dipertingkatkan lagi agar pelajar lebih celik teknologi dan dapat mengendalikan semua jenis alatan atau mesin.

Menurut tutor Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Ashwaq Mohd Salleh, “Kita sepatutnya memilih tempat praktikal yang sesuai dengan minat dan hala tuju kita dalam kerjaya. Selain itu kita mestilah memilih tempat praktikal yang mempunyai banyak peluang pekerjaan bagi memastikan masa   depan dan peluang kerjaya kita terjamin. Di dalam tempoh praktikal tersebut pula kita perlulah pandai       mengambil peluang dengan mencari sebanyak mungkin pengalaman yang berguna untuk kita jadikan sebagai panduan pada masa akan datang.”

Menurut seorang pelajar yang sedang dalam praktikal , Ummi Kalsum  Abdul Rahman, 23, Program Dakwah dan Kepimpinan, Tahun 4, ”kita perlulah memilih tempat praktikal yang sesuai dengan program pengajian yang diikuti serta mempunyai minat tentang organisasi tersebut supaya ada tarikan untuk kita bekerja di situ. Selain itu tempat praktikal yang dipilih perlu sesuai dengan diri kita. Disamping itu juga, ilmu dan kemahiran adalah amat penting supaya kita boleh membuat kerja dengan baik kerana komunikasi dan pengalaman penting bagi menjaga hubungan dengan staf dan bos.”

Menurut seorang lagi pelajar yang sedang praktikal, Siti Hadijah  Sumiran, 24, FSU  berkata “ LI di sektor kerajaan berbeza dengan  LI di sektor swasta yang mana LI di sektor swasta mengunakan kaedah amali yang betul manakala LI di sektor kerajaan lebih kepada pendedahan dalam pekerjaan sebenar.”

Praktikal adalah baik untuk mempersiapkan diri dengan situasi yang sebenar di alam pekerjaan nanti. Selain itu ia dapat meningkatkan kemahiran disamping mendedahkan kepada pelajar tentang kerjaya mereka. Contohnya di bidang kaunselor, melalui praktikal, para pelajar mendapat pengalaman sebelum masuk ke alam pekerjaan. Sekiranya mereka memberi kerjasama dengan sebaiknya, kemungkinan mereka akan terus diserap bekerja di situ,” kata Siti Fatonah Abd Halim, 23, program Kaunseling, Tahun 3.

Menurut Nazirah Che Wahab, 23, program Kaunseling Tahun 3 pula, “praktikal adalah untuk melengkapkan diri pelajar dengan alam kerjaya dan mengaplikasikan apa yang sudah dipelajari semasa praktikal. Jadi, praktikal adalah sangat penting kerana belajar ini sangat memerlukan kepada praktikal, bukan hanya teori sahaja.”

Secara keseluruhannya, latihan industri ini diwujudkan bukanlah untuk membebankan para pelajar bahkan ia akan menyenangkan dan memudahkan pelajar ketika membuat persediaan dalam  menghadapi alam pekerjaan yang mencabar nanti.