Kontroversi filem 2012 dan Avatar

Picture
Antara realiti dan fantasi. Filem 2012 mengambarkan kiamat sudah dekat.
  Satu minit menghampiri kemusnahan dunia. Penduduk bumi dari serata dunia berpusu-pusu masuk ke dalam bahtera yang menjanjikan keselamatan dari turut termusnah. Ombak Air Force One menghempas segala apa yang ada di bumi menandakan kehancuran terakhir seluruh  dunia. Itulah yang digambarkan oleh pengarah dalam filem  2012, Roland Emmeric.

Lain pula kisahnya dengan filem  AVATAR yang mencecah kutipan USD1Billion dalam tempoh beberapa hari selepas tayangannya yang turut sama mendatangkan perbahasan oleh masyarakat Islam. Dunia baru yang menjanjikan lebih keseronokan, kenikmatan dan kedamaian dari dunia manusia hanyalah dunia ‘syaitan’! Berbalik kepada  filem 2012 ini, pengarah  turut menggambarkan bahawa semua lambang agama telah musnah kecuali lambang agama Islam.

Inilah yang mencetuskan perbahasan dikalangan orang bukan Islam terutamanya Kristian mengenai tindakan Roland tidak memusnahkan lambang agama Islam tetapi memusnahkan lambang agama yang lain. Sebelum kemunculan filem 2012 ini, terdapat dua buah filem arahan Emmerich yang turut mencetuskan kontroversi dikalangan umat Islam iaitu The Day After Tomorrow dan Indipendent Day.

Dalam satu artikel bertajuk “What even Roland Emmerich won’t destroy: An Islamic landmark” Roland telah mengeluarkan kenyataan berbunyi, “Well, I wanted to do that, I have to admit. But my co-writer Harald said I will not have a fatwa on my head because of a movie. And he was right. We have to all in the Western world think about this.
You can actually let Christian symbols fall apart, but if you would do this with an Arabsymbol,you would have a fatwa, and that sounds a little bit like what the state of this world is. So, it’s just something which I kind of din’t think was an important element, anyway, in a film, so I kind of left it out.
Berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Roland ini, seolah-olah menggambarkan yang beliau menghormati agama Islam. Tetapi, bila   diperhalusi sebenarnya beliau mempunyai agenda tersendiri dalam pernyataan ini.

Hal ini disebabkan penganut Kristian ada mengatakan bahawa Emmerich sekadar memberi alasan dengan pernyataan ini.
Mereka beranggapan bahawa beliau sebenarnya takut untuk mengganggu sensitiviti umat Islam seperti apa yang berlaku semasa isu kartun watak Nabi Muhammad dan beliau sebenarnya takut diancam oleh orang Muslim. Jelas  bahawa Emmerich seolah-olah sengaja melaga-lagakan Kristian dengan Islam dengan mengeluarkan kenyataan ini dan menguatkan andaian bahawa Muslim adalah pengganas di kalangan dunia barat.

Filem ini juga berdasarkan teori barat bahawa tamadun sekarang akan mengalami perubahan dan lenyap seterusnya mencipta satu tamadun baru.
Ini juga adalah berdasarkan anggapan masyarakat Maya bahawa akan berlaku setiap satu ribu tahun perubahan kepada tamadun manusia. Tempoh ini dikira dari 1992-2012 menyebabkan barat meramalkan kiamat berlaku pada 2012.

Walaupun dikatakan filem Avatar berkaitan dengan pemuliharaan alam sekitar dan juga keamanan sejagat, namun timbul persoalan dikalangan umat Islam terutamanya tentang dunia baru yang dikatakan ini. Jika diteliti maksud sebenar perkataan Avatar ialah Lucifer atau syaitan. Dalam filem ini juga ditunjukkan bahawa manusia mampu mencipta makhluk yang menyerupai Avatar melalui kemajuan sains dan teknologi yang dicapai

Avatar juga dilihat berjaya menyampaikan mesej bahawa makhluk ciptaan manusia ini mampu hidup dan menjalani kehidupan berdasarkan naluri mereka yang tersendiri.

Dikatakan bahawa selepas filem beliau berjudul Titanic, kesemua filem arahan James Cameron adalah bersifat “anti-human”. Ini terbukti apabila dalam filem Avatar ini, menunjukkan bahawa makhluk asing yang dicipta ini menjadi hero untuk memusnahkan manusia jahat dari mengancam kehidupan mereka.

Dalam filem ini juga, James dikatakan cuba menyampaikan mesej bahawa manusia adalah satu wabak yang mengancam kesemua tumbuhan dan kehidupan biologi dibumi. Jadi, manusia harus dihapuskan bagi menghasilkan dunia baru yang didiami oleh makhluk yang cintakan keamanan.

Menurut Ahmad Subki Hassan, FKP, Tahun 3, “Dalam filem 2012 banyak menimbulkan kontroversi tentang berlakunya Hari Kiamat. Dalam perspektif Islam, Hari Kiamat tidak ditetapkan tarikhnya tetapi dinyatakan tanda-tanda kiamat berdasarkan wahyu. Kajian Barat hanya berpandukan akal semata-mata yang bertentangan dengan Islam.”

“Filem Avatar terdapat sentimen-sentimen untuk menjatuhkan Islam dan juga meracuni pemikiran umat Islam seperti penerapan unsur-unsur freemansory dan perkataan Avatar membawa maksud Syaitan.”Tambahnya lagi.

Sementara itu, Habibah Adawiyah, FSU, Tahun 2, berkata dalam filem Avatar menunjukkan kajian Barat meramal kiamat berlaku pada 2012 yang bertentangan dengan ajaran Islam. Contohya, apabila berlaku kiamat manusia masih lagi selamat.Pakaian yang dipakai oleh juruterbang juga melambangkan logo Israel dan seorang penganut Mansonic.”Katanya lagi.

Kesimpulannya, kedua-dua filem ini terbukti merupakan satu dakyah yahudi untuk memesongkan pegangan umat  Islam. Artikel ini adalah pandangan penulis  dan tidak ada kaitan dengan diskriminasi keagamaan.