Pemangkin  generasi gemilang

Picture
 

Apakah perkembangan terbaru saudara Hilmi?

“Selepas pelantikan watikah MPP,  MPP telah membuat perancangan baru antaranya turun padang ke surau-surau kolej kediaman untuk melihat perkembangan pelajar, membuat networking dengan semua fakulti dengan menghantar wakil setiap fakulti untuk menyampaikan maklumat terkini daripada MPP. Selain itu, kami akan membuat satuprogram berbentuk forum dengan pihak pengurusan universiti mengenai pembentukan graduan yang lebih matang.”

Apakah misi dan visi kepimpinan saudara Hilmi dalam barisan MPP pada kali ini setelah meraih undian yang tertinggi pada pilihanraya lepas?

“Mahasiswa perlulah berubah serta  memberi penekanan kepada pemikiran yang lebih matang agar lebih bersedia menghadapi cabaran dunia luar. Sebagai graduan Islam, kita hendaklah berbakti dan membuat kebajikan  khidmat masyarakat.”

Apakah perasaan saudara Hilmi setelah terpilih sebagai MPP?

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kepada Allah kerana telah memberi saya peluang sekali lagi meyertai barisan MPP. Insya Allah saya akan menggalas tanggungjawab dan amanah ini sebaik mungkin. Melalui pelaksanaan pendekatan turun padang yang diperkenalkan oleh pihak MPP, cara ini dapat merakyatkan pelajar-pelajar supaya lebih dekat dengan pihak MPP.”

Sebagai seorang pemimpin, bagaimana saudara membahagikan masa antara rutin harian dan masa belajar?

“Saya lebih memberi keutamaan kepada perkara yang lebih penting. Selain itu, saya juga memberi perhatian sepenuhnya semasa dalam kuliah dan tutorial kerana pada pandangan saya,  tumpuan semasa  pembelajaran sangat penting. Terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi sokongan serta tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.”

Siapakah role model yang ingin saudara Hilmi contohi dalam bidang kepimpinan ?

“Saya mengagumi saudara Hariri Bin Daud iaitu mantan MPP kita. Saya melihat gaya kepimpinan beliau boleh menjadi contoh kerana semasa menjawat jawatan YDP, beliau mengambil  peluang ini dengan menyebarkan unsur-unsur dakwah dan menerapkan nilai-nilai keislaman  kepada pelajar.”

Siapakah sumber inspirasi Hilmi dalam menyertai barisan MPP?

 “ Ibubapa merupakan penyuntik semangat yang jitu kepada saya untuk meneruskan perjuangan sebagai mahasiswa yang berjaya dalam kerjaya, Selain itu, En. Agoos Munalis Tahir yang juga merupakan pensyarah FEM turut memberi dorongan dan nasihat supaya tidak pandang belakang dalam hidup ini.”

Sudikah saudara berkongsi pe- ngalaman pahit dan manis sepanjang meyertai barisan MPP selama dua penggal?

“Setakat ini, pengalaman pahit tiada lagi tetapi ada satu peristiwa tidak dapat dilupakan di mana saya menyertai satu program dan dilantik menjadi bendahari, satu cabaran bagi saya apabila orang menyalahkan saya lambat hantar laporan pada jabatan bendahari, walaubagaimanapun, pihak bendahari kagum atas usaha saya dalam menyiapkan laporan yang lengkap mengenai kewangan. Pengalaman manis pula, tahun lepas saya menyertai rombongan lawatan ilmiah ke China dengan barisan MPP yang lain sambil melancong ke tempat-tempat yang menarik di Beijing, kami juga melawat dua universiti di sana iaitu Beijing Language & Culture University (BLCU) dan Beijing Foreign Studies University (BFSU).”

Adakah Hilmi turut terlibat dalam aktiviti berpersatuan?                                                                                                  

“Ya, saya menyertai SUKSIS( Sukarelawan Kor Siswa ) dalam bidang kokurikulum untuk memantapkan  ilmu pengetahuan dan berbakti kepada masyarakat kelak.”

Apakah harapan Hilmi kepada mahasiswa USIM?

“Kita sebagai mahasiswa sepatutnya sedar bahawa proses pembelajaran mencari ilmu di gedung universiti perlulah ditimba dan mencari pengalaman amat penting  sebelum terjun ke alam masyarakat yang mana satu masa nanti kita akan memimpin rakyat. Ia amat penting dalam pasaran kerja kini.”

Apakah pesanan Hilmi untuk pembaca USIM TODAY?

“Teruslah menyokong USIM TODAY kerana ia sebagai penyalur dan medium untuk kita mengetahui sesuatu maklumat dan pupuklah amalan membaca dalam diri kita.”

 


 

  Mahasiswa didahulukan, kebajikan diutamakan – Akalili

Picture
   

Apakah perkembangan terbaru dari Akalili?

Selepas pelantikan watikah MPP,kami bagi pihak MPP sedang merancang aktiviti dasar peningkatan maintain prestasi di peringkat kolej-kolej dan universiti untuk memperbaiki mahasiswa menjadi lebih cemerlang dan maju dalam akademik.”

Apakah misi dan visi kepimpinan saudari Akalili dalam MPP pada kali ini setelah mendapat kepercayaan di kalangan mahasiswa USIM?

Misi saya adalah untuk tampil menolong pelajar-pelajar USIM dalam meyumbang keperluan pelajar , memperbaiki serta berusaha menaikkan taraf kebajikan pelajar USIM sesuai dengan tagline saya iaitu mahasiswa didahulukan, kebajikan diutamakan bersesuaian dengan hasrat universiti  dalam melahirkan graduan yang berfikiran matang, holistic dan dinamik.”

Bagaimana perasaan saudari setelah berjaya mendapat undian tertinggi di kalangan calon mahasiswi?

“Kegembiraan bukanlah terletak pada jumlah pengundi yang ramai, tetapi melihat dari sudut kepercayaan orang kepada kita untuk melaksanakan tanggungjawab yang berat. Bagi saya ini merupakan satu cabaran untuk membuktikan pihak MPP sebagai wadah untuk menyampaikan segala maklumat. Selain itu, tugas ini juga merupakan satu cabaran kerana saya akan bekerja dalam organisasi yang dimonopoli oleh lelaki. Kita sedia maklum gerak kerja kaum lelaki sangat pantas serta cekap.”

Sebagai seorang pemimpin bagaimana Akalili membahagikan masa antara tugas harian dan masa belajar?

“Setakat ini Alhamdulillah banyak perubahan yang berlaku dalam hidup saya. Walaupun ada komitmen yang tinggi pada tugas, kawan-kawan sentiasa membantu dan menyokong saya. Selain itu juga, saya menyusun jadual dengan lebih terancang supaya tiada sebarang percanggahan jadual dan masa.”

 Siapakah role model yang ingin saudari contohi?

Role model saya ialah Khaulah Al-Azwar. Beliau merupakan muslimat yang sanggup berperang dalam memperjuangkan hak-hak orang Islam. Sikap keberanian beliau menjadikan saya lebih bersemangat untuk menghadapi cabaran pada akan datang.”

Siapakah sumber inspirasi Akalili?

“Bagi saya ayah adalah pengkritik dalam semua perkara yang saya lakukan, ayah saya juga telah banyak memberi dorongan kepada saya selama ini. Beliau juga sentiasa mengi- ngatkan saya, seorang pemimpin haruslah berani supaya menjadi orang yang lebih baik dalam kepimpinan.”

Apakah harapan Akalili kepada mahasiswa USIM?

“Saya memetik kata-kata bekas mantan MPP  Ainul Faridah, “ Biarlah langkah kita sumbang asalkan kita berani ke hadapan. Kata-kata beliau amat berbekas di hati saya untuk dijadikan pendorong buat mahasiswa USIM.”

Apakah pesanan saudari kepada pembaca USIM TODAY?

“Belilah USIM TODAY kerana kita mestilah memberi sokongan kepada produk keluaran kita sendiri. Jika kita sendiri tidak mahu memberi soko- ngan, siapa lagi yang kita boleh harapkan.”