Surau FPQS sesak

Nilai – Masalah pelajar USIM semakin berterusan apabila surau di FPQS tidak mencukupi. Ini kerana, surau di FPQS hanya mempunyai sebuah surau sahaja untuk menampung   pelajar FPQS dan FPBU yang mana dianggarkan lebih kurang 1500 orang. Tambahan pula, pelajar hanya bertumpu di situ untuk berehat terutamanya pada waktu zohor.

Oleh kerana pelajar terlalu ramai di situ, sesetengah pelajar terpaksa solat di dalam bilik tarannum, dewan kuliah, bilik khat dan sebagainya. Ini menyebabkan ketidakselesaan kepada para pelajar. Bukan itu sahaja, malah mereka terpaksa masuk lewat ke kelas.

Menurut salah seorang pensyarah FPBU, Nor Wahida Mansor, berkata, sebuah surau memang tidak mencukupi untuk menampung lebih seribu orang pelajar.

“Sepatutnya kita perlu adakan satu bangunan khas untuk solat sama ada masjid atau surau. Tambahan pula, FPQS banyak bilik kosong yang tidak digunakan. Jadi, tidak salah jika kita mengimarahkan bilik-bilik kosong tersebut. Lebih-lebih lagi USIM membawa nama Islam.”

Menurut salah seorang pelajar pula, Nur Suhaila Mohd Ali, FPQS, 22,  “Surau yang ada tidak  cukup untuk menampung pelajar yang ada di USIM. Surau dan telekung perlu ditambah untuk memastikan keselesaan para pelajar.”

“Kami terpaksa solat dalam kelas dan dewan kuliah memandangkan surau terlalu sesak dan ini menyebabkan  pelajar terpaksa mengambil masa yang lama untuk menunggu giliran solat,” kata Nor Hazimah Ismail, pelajar FPBU, 21.