USIM kurang DJ

NILAI – Lagu-lagu kegemaran dan celoteh penyampai radio sentiasa berkumandang dari corong radio USIM namun ia amat menyedihkan kerana hanya sebahagian pelajar sahaja yang berminat menyertai pencarian juruhebah baru.

Menurut Puan Kareelawati Abdul Karim selaku penyelaras radio USIM, sebab pelajar tidak mahu menjadi penyampai radio adalah kerana kurangnya minat, tidak ada keyakinan diri, tidak mahu mencungkil bakat dan penumpuan sepenuhnya pada pelajaran.

Antara juruhebah lama yang masih aktif mengacarakan rancangan di corong radio ialah Nuraisyah Yusof dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dan Mohd Shahrul Faizie Zaini dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan( FKP). 

Penglibatan mahasiswa di dalam penyampaian radio USIM secara tidak langsung melatih mahasiswa meningkatkan serta menggalakkan agar berketerampilan dan berkeyakinan diri agar lebih yakin dan tidak mudah takut kepada cabaran di hadapan selaras dengan visi USIM sebagai sebuah Universiti Islam.

Sistem radio USIM dibuat secara rakaman untuk dimainkan pada hari-hari esok kerana slot program yang sedia ada masihberkurangan dan dalam perancangan meningkatkan sistem radio USIM pada masa depan. “Masalah kekurangan penyampai  radio berpunca daripada rasa malu dalam diri pelajar untuk bercakap secara spontan. Hakikatnya, mereka memiliki bakat dan kebolehan menjadi penyampai radio,” kata Noorsyuhada Mohd Salleh dari FPBU.