FKP Family Day 2010 eratkan ukhuwah

Picture
CERIA… Pensyarah dan pelajar saling bekerjasama dalam menjayakan program
 NILAI – Seronok, gembira dan bahagia, itulah kata-kata yang terucap apabila ditanya kepada pensyarah dan pelajar yang menyertai  Program Hari Bersama Mentor dan  Mentee yang melibatkan 11 0rang pensyarah, 350 pelajar Dakwah dan Pengurusan Islam dan 48 orang pelajar Akidah.

“Biasanya pelajar jumpa mentornya sekurang-kurangnya tiga kali satu semester  contohnya  di bilik kuliah, tapi kali ini kita mulakan dengan hari keluarga, agar rasa lebih santai, pelajar dapat kongsi masalah seterusnya    dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan,” kata Dr. Mohd Rushdan bin Mohd Jailani,    Timbalan Dekan Fakulti Kepimpinan  dan Pengurusan.

“Objektif program ini adalah untuk menjalinkan ukhuwah  dan mengenali  dengan lebih dekat antara mentordan mentee masing-masing,” kata Puan Khatijah Othman, pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan.

“Di samping itu, program ini dapat melatih pelajar bekerjasama dan  melatih pengurusan berkumpulan. Diharapkan semoga program ini akan berterusan untuk masa akan datang dalam pelbagai  program  contohnya program bersama masyarakat luar atau di taman pula,” kata Prof Dr. Zulkiple Abdul Ghani, pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan.

Inilah pengalaman paling manis sebelum mahasiswa meninggalkan USIM.