FKP Family Day 2010 eratkan ukhuwah
CERIA… Pensyarah dan pelajar saling bekerjasama dalam menjayakan program
NILAI – Seronok, gembira dan bahagia, itulah kata-kata yang terucap apabila ditanya kepada pensyarah dan pelajar yang menyertai Program Hari Bersama Mentor dan Mentee yang melibatkan 11 0rang pensyarah, 350 pelajar Dakwah dan Pengurusan Islam dan 48 orang pelajar Akidah.
“Biasanya pelajar jumpa mentornya sekurang-kurangnya tiga kali satu semester contohnya di bilik kuliah, tapi kali ini kita mulakan dengan hari keluarga, agar rasa lebih santai, pelajar dapat kongsi masalah seterusnya dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan,” kata Dr. Mohd Rushdan bin Mohd Jailani, Timbalan Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan.
“Objektif program ini adalah untuk menjalinkan ukhuwah dan mengenali dengan lebih dekat antara mentordan mentee masing-masing,” kata Puan Khatijah Othman, pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan.
“Di samping itu, program ini dapat melatih pelajar bekerjasama dan melatih pengurusan berkumpulan. Diharapkan semoga program ini akan berterusan untuk masa akan datang dalam pelbagai program contohnya program bersama masyarakat luar atau di taman pula,” kata Prof Dr. Zulkiple Abdul Ghani, pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan.
Inilah pengalaman paling manis sebelum mahasiswa meninggalkan USIM.